Monday, July 25, 2011

SELAMAT DATANG PENGETUA KE-6

Selamat Datang diucapkan kepada Pn Aslina binti Yob dari SMK Agama (P) Kangar, Pengetua baru Sekolah Menengah Kebangsaan Abi. Somoga kehadiran puan akan menjadikan sekolah ini lebih cemerlang dalam semua aspek.

Visi Pengetua Baru
MENCEMERLANGKAN SMK ABI

Semoga visi ini akan tercapai dengan sokongan padu semua warga sekolah. Insya-Allah

Friday, July 15, 2011

Kajian Penggunaan Buku Teks Tambahan dan Teks Sejarah

Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan satu kajian tentang penggunaan buku yeks tambahan dan teks Sejarah di SMK Abi pada 12 Julai 2011. Seramai 30 orang guru termasuk guru-guru Sejarah, seorang GPM dan 60 orang murid terlibat dalam kajian ini.

Saturday, July 9, 2011

Kursus Eduwebtv 2011

Diadakan pada 6 Julai 2011 di Makmal Komputer BTPN Perlis untuk GPM kelompok PKG Tunjong

Pertandingan BOSS Kebangsaan 2011

BOOS Sekolah Menengah Kebangsaan Abi telah terpilih untuk mewakili Perlis ke Pertandingan BOSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2011. Tahniah diucapkan kepada Pn Mashitah dan Sir Abd Hamid serta AJK. Semoga segala usaha akan memutik harapan membuah kejayaan.

Lawatan Kerja Ke Negeri Sembilan dan Johor

Pada 26 - 29 JUn 2011 Guru-guru Perpustakaan dan Media Sekolah-sekolah Negeri Perlis dan Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan BTPN dan PKG Perlis telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Serting Felda, Jempol Negeri Sembilan dan Kompleks IKS Pagoh, Johor. Turut serta Penolong Pengarah BTPN Kedah dan Ketua Unit PSP BTPN Kedah, kedua-duanya pernah bertugas di BTPN Perlis.

Friday, May 27, 2011

Kursus Pengawas Perpustakaan

Kursus untuk Pengawas Pepustakaan telah berjaya dilangsung pada hari ini, Jumaat 27 Mei 2011 mulai jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tgh. Semoga ilmu yang diperolehi memberikan manfaat kepada pengawas dan membantu pengurusan PSS sekolah ini.

Selamat Bertukar ke BTPN Kedah

Selamat bertukar buat Pn Hjh Hamidah yang meninggalkan BTPN Perlis ke BTPN Kedah mulai awal Mei 2011. Semoga ceria dan bersemangat bertugas di tempat baru. Segala jasa dan sumbangan bakti dalam memajukan pSS di Perlis amat dihargai dan disanjung tinggi. Terima kasih semoga berjumpa lagi.

Latihan ASK Tingkatan 1 (KOD ASCII)

 Murid-murid Tingkatan 1 boleh muat turun soalan ini SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI, ASK TINGKATAN 1   NAMA _________________________...