Saturday, December 29, 2012

Borang Pinjaman Alatan/Siaraya

Mulai hari ini 15 Ogos 2011, sesiapa yang ingin meminjam peralatan dari unit Media Elektronik dan Siaraya dimestikan mengisi borang permohonan terlebih dahulu. Kerjasama semua akan membantu memudahkan unit ini mengurus rekod pinjaman peralatan. Terima kasih.

SELAMAT TAHUN BARU


Tuesday, August 28, 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Kepada calon-calon PMR dan SPM yang bakal meduduki peperiksaan tahun ini, diucapkan selamat menghadapi peperiksaan. Gunakan masa yang tersisa ini untuk membuat persiapan akhir.Kunjungi PSS anda untuk membuat ulangkaji dan dapatkan bahan-bahan terkini untuk menghadapi peperiksaan. Pusat Sumber Sekolah Pemangkin Kecemerlangan anda.

Thursday, May 24, 2012

TAHNIAH UNTUK WARGA SMK ABI

Tahniah buat pengetua, guru-guru, pelajar-pelajar dan warga kerja SMK Abi yang telah menenrima anugerah khas kecemerlangan SPM 2011 daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Teruskan usaha untuk mencapai misi dan visi sekolah kita.

Monday, April 16, 2012

Pertandingan Blog Pendidikan Anjuran UPSI

UPSI telah menganjurkan pertandingan menghasilkan blog pendidikan terbuka kepada guru dan murid sekolah. Pelajar-pelajar yang berminat boleh berhubung terus dengan GPM anda atau dapatkan keterangan lanjut di poster yang dipamerkan.

Pertunjukan Wayang Kulit Asun

Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Abi 2012 pada 26 April (KHAMIS) suatu pertunjukan Wayang Kulit Asun akan diadakan pada 25 April 2012 (RABU) jam 9.00 malam. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan pertunjukan tersebut.

Tuesday, February 14, 2012

Rangkaian PSS dikurangkan.

Mulai tahun 2012 rangkaian PSS sekolah ini dikecilkan kepada unit Perpustakaan, Bahan Bantu Mengajar, Media Elektronik dan Program NILAM sahaja. Bilik-bilik Khas dan ICT terletak di bawah Pentadbiran. Sebarang masalah komputer dan internet hendaklah berhubung terus dengan unit ICT dan laman Web Sekolah bukan denngan GPM atau PSS lagi

Friday, February 10, 2012

TAHNIAH BUAT AJK PSS TAHUN 2012

Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa PSS SMK Abi 2012 yang dilantik membantu mengurus tadbir dan memajukan PSS sekolah ini. Semoga dapat menyumbangkan idea dan tenaga ke arah mencemerlang PSS sekolah ini.Terima kasih atas kerjasama yang bakal diberikan.

Tuesday, January 10, 2012

Salam Maal Hijrah 1433 dan Selamat Tahun Baru 2012

Selamat memulakan tugas dan selamat bersekolah. Kepada murid-murid baru SMK ABi selamat datang dan menjadi ahli sekolah. Kepada rakan-rakan yang berpindah temapt bertugas, selamat bertugas di temaapt baru semoga lebih selsa dan tekun.

Latihan ASK Tingkatan 1 (KOD ASCII)

 Murid-murid Tingkatan 1 boleh muat turun soalan ini SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI, ASK TINGKATAN 1   NAMA _________________________...