Friday, February 17, 2017

PSS Kehilangan Pembantu

PSS SMK Abi telah kehilangan Pembantu Perpustakaan iaitu YM Tengku Syafinaz binti tengku Mukhtar yang telah berjaya menjawat jawatan Pembantu Tadbir mulai 1 Oktober 2016. Beliau kini berpindah ke Kementerian Kesihatan dan bertugas di Hospital Kangar. Tahniah diucapkan atas kejayaan menjawat jawatan dan gred yang baharu.

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG Tunjong 2017

SMK Abi telah menghantar dua orang wakil ke pemilihan tersebut yang telah diadakan pada 15.02.2017 (Rabu) bertempat di BTPN Perlis mulai jam 8.00 pagi. Mereka ialah Nur Syuhada (5 Ibnu Sina ) dan Nur Syazwani (5 Arif)

Bantuan Buku Bacaan Tambahan

PSS SMK Abi sekali lagi terpilih untuk menerima sumbangan Buku Bacaan Tambahan. Sumbangan kali ini diterima daripada Asia Book Fundation berpusat di Univeristi Malaya. GPM dan dua orang pelajar telah mewakili SMK Abi bersama-sama wakil-wakil daripada tujuh buah sekolah lain dari Negeri Perlis dan tiga buah sekolah dari Utara Kedah telah pergi ke UM untuk menerima buku-buku tersebut pada 4 Oktober 2016.

Latihan ASK Tingkatan 1 (KOD ASCII)

 Murid-murid Tingkatan 1 boleh muat turun soalan ini SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI, ASK TINGKATAN 1   NAMA _________________________...