Tuesday, April 21, 2009

Tahniah

Sekalung tahniah untuk En Ahmad Zahir bin Saad atas pelantikan sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis. Semoga dengan pelantikan ini akan meningkatkan kegemilangan BTPN dan PSS sekolah-sekolah di negeri Perlis.

Kuiz Mingguan PSS

Kunjungi Pusat Sumber Sekolah anda untuk mendapatkan soalan Kuiz PSS setiap minggu. Tuliskan jawapan anda pada sekeping kertas berserta nama dan tingkatan anda dan serahkan kepada Guru Perpustakaan dan Media atau Pembantu PSS selewat-lewatnya hari Jumaat setiap minggu. Hadiah disediakan untuk pemenang mingguan, bulanan dan akhir tahun. Sertai sekarang, di samping mendapatkan hadiah anda juga dapat meningkatkan pengetahuan anda.

Thursday, April 16, 2009

Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2009

Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) akan mengadakan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2009 pada 23 April 2009. Semua sekolah digalakkan mengadakan beberapa aktiviti bagi menyambut hari tersebut.
Sempenan hari tersebut PSS SMK Abi menjemput semua waga sekolah datang beramai-ramai ke Perpustakaan untuk melihat koleksi buku-buku yang baru dibeli.
KUNJUNGILAH PSS ANDA .....MEMBACA MENCABAH MINDA

Bulan Sains dan Metamatik

Jabatan Sains dan Matematik SMK Abi sedang mengadakan Bulan Sains dan Matematik sepanjang bulan ini mulai 10 April hingga 4 Mei 2009. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Info Sains dan Matematik, Kuiz, Lawatan Sambil Belajar, Ceramah Teknik Menjawab Soalan.

Dapatkan maklumat lengkap dengan berkunjung ke PSS anda....

Wednesday, April 15, 2009

Guru-guru sedang berkursus

Misi PSS SMK Abi

Menyedia sebuah pusat pembelajaran yang selesa dan kondusif dengan prasarana yang lengkap sebagai wahana yang paling sesuai dan penting dalam merealisasikan potensi pelajar ke tahap maksimum.

Visi PSS SMK Abi

Menjadi sebuah Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang dan berkesan sebagai pemangkin melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sejarah Penubuhan

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Abi ditubuhkan pada tahun 2001 dan ditadbir oleh En Wabdi bin Ahmad yang memangku jawatan pengetua sebelum Tn Hj Azizan bin Talib melapor diri sebagai pengetua yang pertama. Penyelaras PSS yang pertama ialah Pn Halijah binti Ahmad. Pada tahun 2002 tugas ini diambil alih oleh En Roslan bin Sudin penyelaras PSS SMK Syed Alwi yang bertukar ke sekolah ini mulai 1 januari 2002.

Selamat Datang

Selamat Datang ke Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Kangar, Perlis.
Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda.

Latihan ASK Tingkatan 1 (KOD ASCII)

 Murid-murid Tingkatan 1 boleh muat turun soalan ini SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI, ASK TINGKATAN 1   NAMA _________________________...