Saturday, April 5, 2014

Majlis Pelancaran NILAM dan Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS 2014

Majlis tersebut akan diadakan pada 07 April 2014 (ISNIN) jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Suria. Majlis akan disempurnakan oleh Yang Berusaha Pn Hjh Aslina bt Yob, pengetua SMK Abi.

Thursday, February 27, 2014

LAWATAN KE KARNIVAL BUKU PERLIS 2014

Murid-murid yang berminat untuk melawat Karnival Buku Negeri Perlis 2014 sila berikan nama kepada Pn Masharuzzuhairah bt Mohamad dengan segera. Pengawas dan ahli Kelab PSS diutamakan. Tarikh lawatan adalah pada Hari Jumaat 28.02.2014 mulai jam 9.00 - 11.00 pagi.

Monday, January 13, 2014

SELAMAT BERTUKAR DAN SELAMAT DATANG

Selamat bertukar dan bertugas di tempat baru buat Cikgu Amelia bt Ahzan (Melaka) Cikgu Sazwani Che Zan (Kedah) Cikgu Mariani Omar (SMKPBU). Cikgu Abd Hadi Lebai Shariff (SMKTS), Cikgu Syed Shahril Izwan Syed Mohamad (SMK Beseri) dan Cikgu Mohd Zaki Wahab (SMKKPs).
Selamat datang dan selamat menjadi warga SMK Abi buat Cikgu Nazlan Abdullah, Cikgu Nor Syakiroh Mohd Noor, Cikgu Rohaida Izham, Cikgu Suhairi Shafie dan Cikgu Zulhairi bin Ibrahim serta Cikgu Shahnun Che Daud.

TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS

Tahniah buat tiga orang guru yang baru dilantik menganggotai  Jawatankuasa PSS 2014 iaitu Pn Rohaiza bt Tahir, En Shahnun bin Che Daud (ICT) dan Cik Rafiza Ermiyaty bt Abd Rahman (Kaunselor). Selamat bertugas semoga pelantikan ini akan memantapkan pengurusan PSS sekolah ini.

Tuesday, January 7, 2014

SEKALUNG TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada tuan pengetua atas kejayaan cemerlang dalam PMR 2013. Syabas buat murid-murid tingkatan 3 (2013) kerana menjulang nama sekolah ke tempat ke-9 dalam kedudukan sekolah-sekolah di Perlis. Tahniah juga buat guru-guru tingkatan 3 dan semua warga sekolah.

MESYUARAT AJK INDUK PSS SMK ABI

Makluman untuk semua AJK Induk PSS SMK Abi, mesyuarat kali pertama akan diadakan pada hari Khamis (09.01.2014). Harap semua dapat hadir dan tahniah atas perlantikan sebagai jawatankuasa tahun 2014

SAPS Guru

https://sapsnkra.moe.gov.my/