Friday, September 13, 2013

SSQS

Penarafan Tahap Pembestarian Sekolah  dijalan secara atas talian. Responden terdiri daripada pentadbir, GPM, 30 orang guru dan  30 orang murid. Pohon kerjsama guru-guru yang terpilih dapat melaksanakannya sebelum atau pada 17.09.2013. Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Thursday, August 1, 2013

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN

Warga Kerja Pusat Sumber Sekolah SMK Abi mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM 2013 kepada semua calon PMR dan SPM SMK Abi. Semoga semuanya bersiap siaga, jawab dengan tekun dan tenang semoga kalian berjaya dengan cemerlang.

Tuesday, June 11, 2013

PESTA BUKU NEGERI PERLIS 2013 (ANJURAN JPN/BTPN PERLIS)

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis akan menganjurkan PESTA BUKU Perlis 2013 mulai 23 hingga 30 Jun 2013 bertempat di Dewan Majlis Sukan Negeri Perlis. Pelbagai aktiviti menarik disediakan di samping pameran buku dan peralatan pendidikan. Kunjungilah beramai-ramai ke Pesta Buku Perlis 2013. Pelajar-pelajar SMK Abi digalakkan hadir.

Monday, March 18, 2013

Majlis Pelancaran Program NILAM dan Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS 2013







Sekolah Menengah Kebangsaan Abi telah mengadakan Majlis Pelancaran Program NILAM dan Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2013. Majlis dirasmikan oleh En Zamzuri bin Ghazali Penolong Pengarah BTPN Perlis mewakili Ketua Penolong Pengarahnya En Ahmad Zahir bin Saad. Turut hadir ialah En Mohd Fuard bin Karsi Pegawai Tenologi Maklumat BTPN Perlis. Dalam majlis yang sama suadara Nurafif Zafifi bin Zabanor telah menerima anuegrah Tokoh NILAM sekolah bagi tahun 2012.

Latihan ASK Tingkatan 1 (KOD ASCII)

 Murid-murid Tingkatan 1 boleh muat turun soalan ini SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI, ASK TINGKATAN 1   NAMA _________________________...