Tuesday, September 20, 2011

PSS diPantau Lagi

Tahun ini PSS sekali lagi akan dinilai dan digredkan. En Azwan bin Azmi Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tunjong baru sahaja selesai membuat pemantauan dan penilaian. Selamat datang dan Terima Kasih.

Selamat Datang

Selamat Datang diucapkan kepada En Amran bin Jantan Penolong Kanan Kokurikulum yang baru ke Sekolah Menengah Kebangsaan Abi. Semoga kedatangan beliau turut memberi sumbangan kepada PSS sekolah ini.

Thursday, August 11, 2011

Tingkatkan Pencapaian Anda

Anda ingin cemerlang dalam pelajaran? Kalau jawapannya 'Ya' kunjungi PSS anda sekarang. Gunakan segala kemudahan yang disediakan untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik anda. Membaca, merujuk dan mengulangkaji adalah amalan yang menjamin kejayaan anda. Amalankan selalu anda pasti maju.

Istimewa untuk Calon PMR dan SPM 2011

Dapatkan buku-buku rujukan dan ulangkaji terbaru di Pusat Sumber Sekolah anda. Pelbagai buku keluaran beberapa penerbit sedia untuk diguna dan dipinjam. Kunjungi PSS anda sekarang juga

Saturday, August 6, 2011

Thursday, August 4, 2011

Takziah

Seluruh warga Sek Men Keb Abi mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Khair Anwar bin Ahmad Penolong Kanan Kokurikulum yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2011 yang lalu. Semoga semuanya tabah menghadapi takdir Ilahi dan semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin.

Monday, July 25, 2011

SELAMAT DATANG PENGETUA KE-6

Selamat Datang diucapkan kepada Pn Aslina binti Yob dari SMK Agama (P) Kangar, Pengetua baru Sekolah Menengah Kebangsaan Abi. Somoga kehadiran puan akan menjadikan sekolah ini lebih cemerlang dalam semua aspek.

Visi Pengetua Baru
MENCEMERLANGKAN SMK ABI

Semoga visi ini akan tercapai dengan sokongan padu semua warga sekolah. Insya-Allah

Friday, July 15, 2011

Kajian Penggunaan Buku Teks Tambahan dan Teks Sejarah

Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan satu kajian tentang penggunaan buku yeks tambahan dan teks Sejarah di SMK Abi pada 12 Julai 2011. Seramai 30 orang guru termasuk guru-guru Sejarah, seorang GPM dan 60 orang murid terlibat dalam kajian ini.

Saturday, July 9, 2011

Kursus Eduwebtv 2011

Diadakan pada 6 Julai 2011 di Makmal Komputer BTPN Perlis untuk GPM kelompok PKG Tunjong

Pertandingan BOSS Kebangsaan 2011

BOOS Sekolah Menengah Kebangsaan Abi telah terpilih untuk mewakili Perlis ke Pertandingan BOSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2011. Tahniah diucapkan kepada Pn Mashitah dan Sir Abd Hamid serta AJK. Semoga segala usaha akan memutik harapan membuah kejayaan.

Lawatan Kerja Ke Negeri Sembilan dan Johor

Pada 26 - 29 JUn 2011 Guru-guru Perpustakaan dan Media Sekolah-sekolah Negeri Perlis dan Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan BTPN dan PKG Perlis telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Serting Felda, Jempol Negeri Sembilan dan Kompleks IKS Pagoh, Johor. Turut serta Penolong Pengarah BTPN Kedah dan Ketua Unit PSP BTPN Kedah, kedua-duanya pernah bertugas di BTPN Perlis.

Friday, May 27, 2011

Kursus Pengawas Perpustakaan

Kursus untuk Pengawas Pepustakaan telah berjaya dilangsung pada hari ini, Jumaat 27 Mei 2011 mulai jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tgh. Semoga ilmu yang diperolehi memberikan manfaat kepada pengawas dan membantu pengurusan PSS sekolah ini.

Selamat Bertukar ke BTPN Kedah

Selamat bertukar buat Pn Hjh Hamidah yang meninggalkan BTPN Perlis ke BTPN Kedah mulai awal Mei 2011. Semoga ceria dan bersemangat bertugas di tempat baru. Segala jasa dan sumbangan bakti dalam memajukan pSS di Perlis amat dihargai dan disanjung tinggi. Terima kasih semoga berjumpa lagi.

Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di mana saja berada khususnya di SMK Abi, rakan-rakan GPM dan pegawai-pegawai di BTPN Perlis.

Monday, May 2, 2011

Tahniah Untuk Peserta Pertandingan Memasak

Tahniah buat peserta-peserta dan guru pengiring Pertandingan Memasak Maggi yang diadaakn di SMK Syed Alwi keranan berjaya menjadi johan peringkat negeri tahun 2011.

Tahniah En Hasan

Tahniah dan selamat berpisah untuk En Hasan Ebau Noi pengetua SMK Abi yang ke-5 kerana telah dilantik sebagai Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiuaan JPN Perlis mulai 1 April 2011 dan mulai bertugas pada 15 April 2011.

Monday, January 31, 2011

Tahniah Rajawali

Tahniah buat guru-guru dan ahli-ahli rumah Rajawali yang muncul sebagai Johan Kejohanan Merentas Desa kali ke 11 Tahun 2011. Kepada rumah-rumah lain jangan putus asa cuba lagi pada tahun-tahun akan datang.

Selamat Datang

Selamat datang dan menjadi warga SMK Abi buat En Hasan (pengetua), guru-guru baru, murid-murid Tingkatan Satu dan mereka yang baru berpindah ke sekolah ini.

Latihan ASK Tingkatan 1 (KOD ASCII)

 Murid-murid Tingkatan 1 boleh muat turun soalan ini SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI, ASK TINGKATAN 1   NAMA _________________________...