Friday, May 27, 2011

Kursus Pengawas Perpustakaan

Kursus untuk Pengawas Pepustakaan telah berjaya dilangsung pada hari ini, Jumaat 27 Mei 2011 mulai jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tgh. Semoga ilmu yang diperolehi memberikan manfaat kepada pengawas dan membantu pengurusan PSS sekolah ini.

Selamat Bertukar ke BTPN Kedah

Selamat bertukar buat Pn Hjh Hamidah yang meninggalkan BTPN Perlis ke BTPN Kedah mulai awal Mei 2011. Semoga ceria dan bersemangat bertugas di tempat baru. Segala jasa dan sumbangan bakti dalam memajukan pSS di Perlis amat dihargai dan disanjung tinggi. Terima kasih semoga berjumpa lagi.

Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di mana saja berada khususnya di SMK Abi, rakan-rakan GPM dan pegawai-pegawai di BTPN Perlis.

Monday, May 2, 2011

Tahniah Untuk Peserta Pertandingan Memasak

Tahniah buat peserta-peserta dan guru pengiring Pertandingan Memasak Maggi yang diadaakn di SMK Syed Alwi keranan berjaya menjadi johan peringkat negeri tahun 2011.

Tahniah En Hasan

Tahniah dan selamat berpisah untuk En Hasan Ebau Noi pengetua SMK Abi yang ke-5 kerana telah dilantik sebagai Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiuaan JPN Perlis mulai 1 April 2011 dan mulai bertugas pada 15 April 2011.

SAPS Guru

https://sapsnkra.moe.gov.my/