Monday, March 18, 2013

Majlis Pelancaran Program NILAM dan Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS 2013







Sekolah Menengah Kebangsaan Abi telah mengadakan Majlis Pelancaran Program NILAM dan Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2013. Majlis dirasmikan oleh En Zamzuri bin Ghazali Penolong Pengarah BTPN Perlis mewakili Ketua Penolong Pengarahnya En Ahmad Zahir bin Saad. Turut hadir ialah En Mohd Fuard bin Karsi Pegawai Tenologi Maklumat BTPN Perlis. Dalam majlis yang sama suadara Nurafif Zafifi bin Zabanor telah menerima anuegrah Tokoh NILAM sekolah bagi tahun 2012.

Saturday, December 29, 2012

Borang Pinjaman Alatan/Siaraya

Mulai hari ini 15 Ogos 2011, sesiapa yang ingin meminjam peralatan dari unit Media Elektronik dan Siaraya dimestikan mengisi borang permohonan terlebih dahulu. Kerjasama semua akan membantu memudahkan unit ini mengurus rekod pinjaman peralatan. Terima kasih.

SELAMAT TAHUN BARU


Tuesday, August 28, 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Kepada calon-calon PMR dan SPM yang bakal meduduki peperiksaan tahun ini, diucapkan selamat menghadapi peperiksaan. Gunakan masa yang tersisa ini untuk membuat persiapan akhir.Kunjungi PSS anda untuk membuat ulangkaji dan dapatkan bahan-bahan terkini untuk menghadapi peperiksaan. Pusat Sumber Sekolah Pemangkin Kecemerlangan anda.

Thursday, May 24, 2012

TAHNIAH UNTUK WARGA SMK ABI

Tahniah buat pengetua, guru-guru, pelajar-pelajar dan warga kerja SMK Abi yang telah menenrima anugerah khas kecemerlangan SPM 2011 daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Teruskan usaha untuk mencapai misi dan visi sekolah kita.

Monday, April 16, 2012

Pertandingan Blog Pendidikan Anjuran UPSI

UPSI telah menganjurkan pertandingan menghasilkan blog pendidikan terbuka kepada guru dan murid sekolah. Pelajar-pelajar yang berminat boleh berhubung terus dengan GPM anda atau dapatkan keterangan lanjut di poster yang dipamerkan.

Pertunjukan Wayang Kulit Asun

Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Abi 2012 pada 26 April (KHAMIS) suatu pertunjukan Wayang Kulit Asun akan diadakan pada 25 April 2012 (RABU) jam 9.00 malam. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan pertunjukan tersebut.

Latihan ASK Tingkatan 1 (KOD ASCII)

 Murid-murid Tingkatan 1 boleh muat turun soalan ini SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI, ASK TINGKATAN 1   NAMA _________________________...