Monday, September 14, 2009

Salam Aidilfitri

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua khusus untuk warga BTPN Perlis dan GPM seluruh negeri Perlis. Semoga kehadiran syawal kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Kalau ada salah dan silap, sepuluh jari disusun, tangan dihulur memohon kemaafan seikhlas hati. Salam aidilfitri maaf zahir dan batin.

Monday, July 6, 2009

Jadual Pemantauan PSS Kelompok PKG Titi Tinggi

Penilai 1: En Muzaini bin Mansor (PTP PKG Titi Tinggi)
Penilai 2: En Roslan bin Sudin (Jurulatih Utama PSS)

13.07.2009 - SMK Padang Besar (U) dan SK Padang Besar (U)
14.07.2009 - SRJK (C) Padang Besar (U) dan SK Felda Rimba Mas
15.07.2009 - SK Lubuk Sireh dan SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah
16.07.2009 - SK Felda Mata Ayer dan Sek Ren Islam 2
17.07.2009 - SRJK (C) Kong Hwa
23.07.2009 - SK Titi Tinggi dan SK Guar Jentik

Thursday, July 2, 2009

Musim Penilaian PSS Dah Tiba

Hai rakan-rakan GPM....macam mana dah sedia semua. Dah tiba masa PSS kita akan dinilai. Harap-harap semuanya cemerlang kali ini.

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat menyambut Hari Guru 2009 untuk semua warga pendidik semoga sambutan kali ini meningkatkan semangat untuk terus berjuang mendidik anak bangsa dan memertabatkan profesion perguruan di Malaysia.

Monday, May 11, 2009

Kursus Pengawas PSS

Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Unit Kaunseling, Lembaga Pengawas dan Unit Kokurikulum telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar 2009 bertempat di Kem Kenari, Yan Kedah pada 8 hingga 10 Mei 2009. Kursus ini dikendalikan oleh Rebutia Trading and Event Sdn Bhd.

Tuesday, April 21, 2009

Tahniah

Sekalung tahniah untuk En Ahmad Zahir bin Saad atas pelantikan sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis. Semoga dengan pelantikan ini akan meningkatkan kegemilangan BTPN dan PSS sekolah-sekolah di negeri Perlis.

Kuiz Mingguan PSS

Kunjungi Pusat Sumber Sekolah anda untuk mendapatkan soalan Kuiz PSS setiap minggu. Tuliskan jawapan anda pada sekeping kertas berserta nama dan tingkatan anda dan serahkan kepada Guru Perpustakaan dan Media atau Pembantu PSS selewat-lewatnya hari Jumaat setiap minggu. Hadiah disediakan untuk pemenang mingguan, bulanan dan akhir tahun. Sertai sekarang, di samping mendapatkan hadiah anda juga dapat meningkatkan pengetahuan anda.

Latihan ASK Tingkatan 1 (KOD ASCII)

 Murid-murid Tingkatan 1 boleh muat turun soalan ini SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI, ASK TINGKATAN 1   NAMA _________________________...