Monday, January 31, 2011

Selamat Datang

Selamat datang dan menjadi warga SMK Abi buat En Hasan (pengetua), guru-guru baru, murid-murid Tingkatan Satu dan mereka yang baru berpindah ke sekolah ini.

Wednesday, September 29, 2010

Pertandingan Teknologi Roket Kebangsaan 2010

Tahniah buat pasukan SMK Abi yang muncul sebagai Naib Johan pertandingan tersebut. Syabas Cikgu Nazri, Khairul dan Hamizan teruskan usaha menaikkan nama sekolah kita

Pertandingan Power Point Sempena Hari Teknologi

Syarat-syarat pertandingan:
1. Pertandingan dijalankan secara individu.
2. Masa diperuntukkan selama 3 jam.
3. Persembahan mestilah mengandungi semua elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi.
4. Markah akan dinilai dari segi montaj, tutorial, latihan, hyperlink dan kreativiti.

Bahan-bahan perlu disediakan dan dibawa sendiri iaitu audio, video, grafik dan nota mengikut subjek pilihan.

Tajuk : mata pelajaran pilihan masing-masing.

Contoh :- Pendidikan Islam Tingkatan Satu: Rukun Solat

Saturday, September 11, 2010

SALAM LEBARAN

Sempena hari baik dan bulan yang mulia ini saya dan isteri serta anak-anak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri untuk untuk KPP dan warga kerja BTPN & PKG Perlis, rakan-rakan GPM PSS Negeri Perlis, Pengetua dan warga SMK Abi, rakan-rakan yang mengenali, tidak lupa bekas dan anak-anak didik tak kira di mana berada. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.

Biarpun mata tak bertentangan, langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, lafaz tak terdengar ada kalanya mata tersalah tafsir, telinga tersalah dengar, lidah terlanjur bicara dengan rasa tulus hati memohon ampun dan maaf pada hari yang mulia ini

Saturday, September 4, 2010

SELAMAT BERSARA

Selamat bersara diucapkan kepada Cikgu Che Nan @ Aznan bin Ahmad yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 12 September 2010. Terima kasih atas segala sumbangan baktimu selama bertugas di sekolah ini. Selamat ulang tahun kelahiran ke 58 semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dianugerah kesihatan yang baik.

Cuti Tambahan

Cuti Tambahan Hari Raya Aidilfitri pada hari RABU (15.09.2010) cuti peristiwa. Ini bermakna sekolah mula bercuti (murid dan guru* sahaja) pada 04.09.3020 hingga 16.09.2010 dan dibuka semula pada hari Jumaat 17.09.2010

Wednesday, September 1, 2010

Cuti Raya

Cuti Pertengahan Penggal ke-2

04.09.2010 – 12.09.2010

Catatan

Cuti Aidilfitri

10.09.2010 – 12.09.2010

Cuti Aidilfitri

13.09.2010

Berganti

Sudah diganti

Cuti Aidilfitri

14.09.2010

Berganti

Akan diganti

Hari Malaysia

16.09.2010

Cuti Am


Latihan ASK Tingkatan 1 (KOD ASCII)

 Murid-murid Tingkatan 1 boleh muat turun soalan ini SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI, ASK TINGKATAN 1   NAMA _________________________...