Saturday, September 11, 2010

SALAM LEBARAN

Sempena hari baik dan bulan yang mulia ini saya dan isteri serta anak-anak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri untuk untuk KPP dan warga kerja BTPN & PKG Perlis, rakan-rakan GPM PSS Negeri Perlis, Pengetua dan warga SMK Abi, rakan-rakan yang mengenali, tidak lupa bekas dan anak-anak didik tak kira di mana berada. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.

Biarpun mata tak bertentangan, langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, lafaz tak terdengar ada kalanya mata tersalah tafsir, telinga tersalah dengar, lidah terlanjur bicara dengan rasa tulus hati memohon ampun dan maaf pada hari yang mulia ini

Saturday, September 4, 2010

SELAMAT BERSARA

Selamat bersara diucapkan kepada Cikgu Che Nan @ Aznan bin Ahmad yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 12 September 2010. Terima kasih atas segala sumbangan baktimu selama bertugas di sekolah ini. Selamat ulang tahun kelahiran ke 58 semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dianugerah kesihatan yang baik.

Cuti Tambahan

Cuti Tambahan Hari Raya Aidilfitri pada hari RABU (15.09.2010) cuti peristiwa. Ini bermakna sekolah mula bercuti (murid dan guru* sahaja) pada 04.09.3020 hingga 16.09.2010 dan dibuka semula pada hari Jumaat 17.09.2010

Wednesday, September 1, 2010

Cuti Raya

Cuti Pertengahan Penggal ke-2

04.09.2010 – 12.09.2010

Catatan

Cuti Aidilfitri

10.09.2010 – 12.09.2010

Cuti Aidilfitri

13.09.2010

Berganti

Sudah diganti

Cuti Aidilfitri

14.09.2010

Berganti

Akan diganti

Hari Malaysia

16.09.2010

Cuti Am


Hari Teknologi dan Sumber Pendidikan 2010

Pelajar-pelajar yang berminat menyertai aktiviti berikut, sila daftar dengan segera. Hubungi GPM anda, cikgu Roslan bin Sudin sebelum 3 September 2010.

Seminar SPM : Pendidikan Islam dan Sejarah 10 kekosongan Bayaran RM 10.00 seorang
Pertandingan Power Point 5 kekosongan Bayaran RM 5.00 seorang

Anda berpeluang menyaksikan aktiviti pameran dan jualan bahan pendidikan dan teknologi serta TAMAN SELERA. Cepat tempat tehad

Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-53 (2010). Merdeka daripada godaan syaitan dan hawa nafsu adalah lebih utama di negara yang berdaulat ini.

Monday, August 16, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Selamat berpuasa dan berbuka untuk seluruh muslim di mana saja berada. Istimewa untuk isteri dan anak-anak serta keluarga. Tidak lupa untuk pengetua, guru-guru, para pelajar dan warga SMK Abi. Tidak ketinggalan mereka yang mengenali, semoga ramadan kali ini membawa lebih keberkatan kepada kita semua, insya-Allah.

Latihan ASK Tingkatan 1 (KOD ASCII)

 Murid-murid Tingkatan 1 boleh muat turun soalan ini SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI, ASK TINGKATAN 1   NAMA _________________________...